SKIM USAHAWAN

on Khamis, 29 November 2012


PENGENALAN
Untuk menyediakan produk alternatif yang halal bagi masyarakat Islam sedunia adalah merupakan satu fardhu kifayah yang amat dituntut oleh Islam. Apatah lagi dewasa ini kesedaran umat islam telah meningkat terhadap produk halal baik dari segi pemakanan dan kegunaan harian.

Menyedari hakikat dan dengan sokongan serta aspirasi daripada kerajaan Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai Pusat Makanan Halal, Halagel (M) Sdn. Bhd. telah berusaha sedaya-upaya untuk mencari alternatif baru bagi pengeluaran kegunaan konsumer yang hanya menggunakan sumber-sumber Halal untuk memenuhi pasaran Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya.

Di dalam realiti skop perniagaan di Malaysia masa kini , adalah diakui bahawa peniaga muslim khususnya peniaga melayu adalah kurang bilangannya berbanding bangsa lain. Justeru Halagel (M) Sdn. Bhd. berasa terpanggil untuk mendidik atau melahirkan usahawan baru di bawah SKIM USAHAWAN HALAGEL DISTRIBUTOR SDN. BHD.

WAWASAN & OBJEKTIF

‘SKIM USAHAWAN HALAGEL (M) SDN BHD’ ini disediakan sebagai panduan bagi peniaga-peniaga dan usahawan melayu islam yang berminat untuk mengusahakan perniagaan sebagai pengedar barangan konsumer terutamanya barangan Halagel (M) Sdn. Bhd. secara berkelompok. Ia lahir daripada gagasan CEO Halagel (M) Sdn. Bhd. bagi mewujudkan usahawan bumiputera Islam yang mampu bersaing dalam membina perniagaan mereka sendiri.

Skim ini menyediakan beberapa maklumat mengenai segala aspek yang perlu diambil kira oleh bakal – bakal usahawan secara menyeluruh. Walaupun begitu , ia tidak bermakna projek skim usahawan Halagel (M) Sdn. Bhd. ini boleh dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan berpandukan manual ini sahaja.

Mereka yang berminat dan berhasrat untuk menyertai skim ini perlulah di kalangan mereka yang mempunyai beberapa kriteria dan peraturan yang telah digariskan oleh pihak syarikat. Selain itu , pihak syarikat juga akan akan membantu dari beberapa segi seperti khidmat nasihat , latihan intensif serta pendedahan yang dirasakan perlu bagi setiap usahawan bagi menjamin projek skim usahawan ini benar-benar berjaya dan berdaya saing bagi melahirkan usahawan melayu islam khususnya seberapa ramai yang boleh.

0 ulasan:

Catat Ulasan