PRODUK HALAGEL OMEGA-3 SOFTGEL

on Ahad, 9 Disember 2012
Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Cepat, dapatkan produk Omega-3 Softgel segera sementara stok masih ada. Sila hubungi 014-8463283 untuk mendapatkan produk tersebut.

Kelebihan produk Omega-3 Softgel :

Kita biasa mendengar banyak manfaat kesihatan yang diperolehi dengan pengambilan omega-3 terutamanya bagi mengurangkan risiko serangan sakit jantung, sama ada ia diambil dari makanan segar atau dari suplemen.
Tahukah anda apa kelebihan dan manfaat omega-3 yang sebenar?
Artikel ringkas berikut menerangkan secara ringkas tentang omega-3, kelebihan dan aspek kesihatan lain yang berkaitan. Di antara kelebihan pengambilan omega-3 dalam makanan, selain menghindari risiko serangan sakit jantung, ialah juga menghindari risiko strok, nyanyuk, penyakit Alzheimer, kanser (terutamanya kanser payu dara dan prostat), mengurangkan keradangan dalam salur darah, sendi (kurangkan arthritis), lemak tak baik dalam salur darah serta tekanan darah. Bagi kanak-kanak pula, omega-3 terutamanya DHA sangat baik untuk perkembangan dan fungsi otak.
Selain suplemen, makanan yang banyak mengandungi omega-3 ialah ikan (tuna, salmon, trout, sardin, bilis), kacang-kacangan (nuts) dan sayuran hijau (bayam, brocolli). Perlu diingat, sumber omega-3 daripada ikan adalah berisiko tinggi mengandungi logam berat, seperti merkuri, yang bahaya kepada kesihatan kita, terutama jika sumber ikan tersebut diperolehi dari perairan yang tercemar. Terlalu banyak mengambil suplemen omega-3 juga boleh mendatangkan bahaya seperti menyebabkan strok pendarahan di otak. Oleh itu, ambillah suplemen omega-3 ini mengikut dos yang dicadangkan oleh pakar perubatan, iaitu cuma 1 gm sehari bagi pesakit koronari jantung.

0 ulasan:

Catat Ulasan