RAWATAN BEKAM DI HALAGEL CENTER ZON TIMUR

on Khamis, 20 Disember 2012
Alhamdulillah, baru sebentar tadi telah selesai merawat seorang pesakit dengan rawatan berbekam (bekam angin & darah). Pesakit tesebut telah mengadu sakit-sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan rasa tidak selesa di bahagian belakang. 

Alhamdulillah, setelah berbekam pesakit tersebut, badannya terasa ringan sedikit berbanding sebelumnya. Banyak darah-darah kotor yang mengalir keluar daripada badan serta tekanan angin yang tinggi. Kata pakcik tersebut " Saya rasa sangat kagum setelah berbekam apabila melihat sendiri darah kotor yang dibekam daripada badan saya. Selepas ini, saya nak promote kat orang-orang kampung saya dan pihak masjid supaya datang berbekam di pusat rawatan di sini. Sebenarnya bekam ini adalah sunnah Nabi. " tambahnya lagi sambil tersenyum lebar.

0 ulasan:

Catat Ulasan