RAWATAN BEKAM AL-HIJAMAH

on Selasa, 18 Disember 2012
Dahulunya ketika masih kecil kita pernah mendengar satu istilah ' penyakit orang kaya'.Sehingga kini barulah kita memahami apa yang yang dimaksudkan dengan penyakit orang kaya ini.
Rupa- rupanya majoriti penghidap penyakit Gout ini adalah terdiri dari mereka yang banyak makan daging, ayam dan makanan laut seperti udang, sotong, siput, kerang dan lain-lain lagi.
Makanan seperti ini jika dimakan dengan banyak akan meningkatkan paras asid urik dalam darah.

Pada zaman dahulu mungkin bagi orang kebanyakan untuk menikmati makanan seperti ini secara kerap adalah sukar disebabkan harganya yang agak mahal jika dibandingkan dengan masakan seperti sambal petai, pencuk pucuk ubi, turi masak lemak, gulai nangka dan ulam ulaman seperti jering, petai, ulam raja, tenggek burung dan lain lain lagi justeru itu kita jarang mendengar datuk dan nenek kia diserang penyakit ini, tidak seperti sekarang zaman telah berubah malah makanan yang berprotin tinggi ini telah menjadi sajian utama bagi keluarga kita.







Sebenarnya sakit Gout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk didalam sendi-sendi.Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki kerana asid urik ini mudah turun dan berkumpul kebahagian itu.

Tindak balas serangan imunisasi badan akan menyebabkan bahagian yang terlibat menjadi radang dan bengkak disertai dengan sakit yang amat sangat.Penyakit Gout ini kebiasaannya akan menyerang pada bila-bila masa tanpa tanda-tanda awal.
Pengambilan ubat-ubat moden hanya akan memberi kesan kesembuhan untuk sementara waktu sahaja.

Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mencegah dari terkena penyakit Gout ini walaupun kadang kala terjadi juga kes dimana serangan Gout ini tetap berlaku kepada mereka yang berhati  menjaga pemakanan mereka.


Mengikut pengalaman saya, Insya Allah pesakit Gout yang datang menemui saya berpuashati dengan kaedah berbekam ini. Apabila kita berbekam di bahagian terkumpulnya asid urik itu secara langsung kita menyedut keluar terus asid urik tersebut.

Di bahagian kaki biasanya darah yang keluar berbuih-buih menandakan lebihan asid dan angin. Untuk kesembuhan maksima pesakit digalakkan berbekam 3 kali setiap minggu.

Kepada penghidap penyakit Gout boleh terus menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. Semuga dengan ikhtiar rawatan bekam gout ini dapat membantu kita dari kesakitan yang berpanjangan yang mana mungkin menyukarkankan untuk kita beribadah atau mencari rezeki InsyaAllah.


Rawatan Bekam bulan Januari 2012 :

Tarikh : 29-31hb Januari 2012
Masa : 3.00-5.00 petang
Tempat : Halagel Center Zon Timur, Kuala Krai, Kelantan
Harga Promosi : RM 5 / Cup.

Hubungi talian : 014-8463283.

0 ulasan:

Catat Ulasan